semoga kisah ini memberi seribu pengajaran buat kita,,,,, selamat menyambut ramadhan dan mengakhirinya dgn sempurna.... insyaallah....
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Safura lembut sambil membetulkan pakaian Johari. Johari tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Johari mencubit pipi Safura lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Acir dan Acah meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Safura hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Johari berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke KB mengambil masa lebih kurang lapan jam. Acir dan Acah dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Safura. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Johari berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Johari menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Johari semakin seronok. Johari dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Toyota Viosnya mula memecut.
Johari cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Johari masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Safura terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Safura takut." Safura cuba memujuk Johari supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Safura tak ada apa-apa," Johari terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Johari setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Safura tengok abang motong dia aaa...." Johari terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Johari terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BAAANGGG!!! "Johari....bangun Jo," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Johari membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mak, Johari di mana mak? Mana Safura mak? Macam mana dengan Safura mak? Acir, Acah.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Johari menyoal emaknya. Johari tak dapat menahan kesedihannya lagi. Johari menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Johari tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Johari mak, Safura?" Johari masih terus menangis.
PANGGG!!! Kepala Johari yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Johari terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Johari tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! SekianG
Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang...
* Gurauan semata-mata... selamat berpuasa.. selamat hari raya.. maaf zahir batin dari sazly azizuddin